top of page

Ambil akhlak Nabi, henti budaya fitnah, hina satu sama lain - Shamsul



Budaya memfitnah dan menghina, khususnya dalam politik umat Islam Malaysia sejak kebelakangan ini perlu dihentikan dan diganti dengan amalan berkasih sayang sesama rakyat.


Hal itu ditegaskan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sempena Maulidur Rasul, hari ini.


"Saya ambil kesempatan ini untuk mengajak umat Islam tidak kira pelbagai latar belakang untuk kembali menghayati tujuan Nabi s.a.w itu diutuskan ke atas muka bumi ini, sesuai dengan hadis, "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak"


"Jadi saya yakin budaya yang santun baik, kasih sayang, hormat menghormati dan ada nilai rahmah ini akan menjadi satu budaya yang baik sekiranya semua pihak mengambil sikap untuk mengamalkannya, sesuai dengan apa yang diajarkan Nabi kita," kata Shamsul kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Surau Malabar Hidayatul Islam, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur pagi tadi.


Sehubungan itu, beliau mengajak kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam untuk sama sama mengikuti akhlak Rasulullah s.a.w sepanjang perjuangan baginda menegakkan Islam.


"Sebab itu saya tegaskan, ada kumpulan sebegini yang berada dalam parti yang memanggil parti Islam tetapi akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi itu tidak diamalkan


"Saya berharap sementara kita membuat sambutan ini setiap tahun, marilah sama sama umat Islam yang prihatin menyebarkan faham yang sebenar tentang Islam, mengajak umat untuk kembali ke ajaran Islam sebenar, mengajak umat berkasih sayang satu sama lain. Tidak kira latar belakang apa pun," katanya.


Shamsul yang juga mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dalam pada itu kesal kerana baru baru ini berlaku penghinaan terhadap Perdana Menteri oleh seorang Ahli Parlimen dalam kekecohan di Dewan Rakyat.


Katanya, mengambil berkat Maulidur Rasul beliau menyeru agar kalangan ahli politik tidak lagi mengamalkan budaya mencaci cela selepas ini.


"Tidak perlu normalisasikan budaya fitnah dan hina antara satu sama lain seperti yang berlau di parlimen baru baru ini, beberapa Ahli Parlimen mengambil sikap untuk melakukan hinaan terhadap seorang Perdana Menteri sebuah negara.


"Itu pada saya satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya lagi.


Beliau berharap rakyat membuka mata terhadap budaya politik nilai kerana PM sentiasa berulang kali menegaskan bahawa kerajaan sedang membangunkan Malaysia Madani yang teras di dalamnya adalah hormat menghormati antara satu sama lain dalam kalangan rakyat Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page