![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_5ff7b67e751e4846ad88d7d259dd2d1d~mv2.jpg/v1/fill/w_734,h_480,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_5ff7b67e751e4846ad88d7d259dd2d1d~mv2.jpg)
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia melantik Ketua AMK Perlis yang baharu hari ini.
Menurut Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, susulan rombakan jawatankuasa AMK Negeri Perlis pada 28 Jun yang lalu, Ketua AMK baharu perlu dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti dan peraturan AMK, Ketua AMK Malaysia telah membuat keputusan untuk melantik saudara Amar Abd Jalil yang ketika ini mengetuai AMK Cabang Padang Besar selalu Ketua AMK Perlis yang baru
berkuatkuasa serta-merta.
"Saudara Amar merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat sejak tahun 2010 yang aktif membantu gerak kerja aktivisme parti dan program-program kebajikan di Perlis.
"Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran dan perhubungan awam di Hospital Pakar KPJ sehingga tahun 2018 sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan kemasyarakatan dan politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Syukri, AMK yakin dengan pelantikan Amar pergerakan itu akan menjadi lebih mantap dan berwibawa di negeri Utara Semenanjung tersebut.
"AMK Malaysia yakin keputusan ini akan mampu memperkemas struktur organisasi dan gerak kerja AMK di Perlis. Hal ini seterusnya akan memastikan idealisme Reformasi dapat terus dibentuk dan digilap dalam kalangan anggota AMK di Perlis bagi melahirkan lebih ramai
pemimpin yang berkualiti untuk KEADILAN," kata beliau lagi.
Comentarios