Amanat Presiden jadi azimat hadapi PRN Sabah - Mustapha Sakmud
- Suara Keadilan

- Aug 4
- 1 min read

Amanat disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan bersama pimpinan dan jentera parti di Kota Kinabalu semalam telah menyuntik semangat baharu kepada akar umbi KEADILAN Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, amanat tersebut menjadi peringatan tegas kepada seluruh jentera parti untuk bersiap siaga secara menyeluruh bagi memastikan KEADILAN terus kukuh dan relevan di hati rakyat Sabah.
"Alhamdulillah warga KEADILAN Sabah berpeluang mendengar sendiri amanat Presiden dalam satu pertemuan bersama pimpinan, anggota dan jentera parti.
"Presiden menegaskan bahawa KEADILAN perlu kekal sebagai parti yang tersusun, kuat dan bersatu," ujar Mustapha menerusi satu kenyataan di Facebook.
Menerusi kenyataan tersebut, Mustapha turut memetik amanat Anwar yang mengingatkan bahawa peranan KEADILAN bukan sekadar untuk memenangi pilihanraya, tetapi untuk menyampaikan penjelasan berfakta kepada rakyat, melawan fitnah dengan hujah, serta membawa suara dan aspirasi rakyat Sabah dengan penuh amanah dan keikhlasan.
"Amanat ini adalah tanggungjawab besar yang memerlukan kesungguhan, kerja berpasukan dan kesetiaan kepada prinsip perjuangan parti
"Saya menyambut amanat ini dengan penuh tanggungjawab. Jentera KEADILAN Sabah mesti memainkan peranan dan turun ke lapangan dengan sepenuh komitmen serta jiwa perjuangan.
"Dengan bimbingan dan inspirasi daripada Presiden parti sendiri, saya yakin KEADILAN Sabah mampu menjadi wadah yang benar-benar membela nasib rakyat dan membawa suara mereka dengan penuh integriti," tambahnya.









Comments