top of page

Amanat Perdana PM esok, diikuti pelbagai acara sehingga 31 Ogos

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 29
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan pada jam 11 pagi esok bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, amanat itu turut disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen.


''Pada jam 12 tengah hari pula, akan diadakan program Quran Hour bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.


''Di Dataran Merdeka, program ambang merdeka akan berlangsung dari jam 5 petang (30 Ogos) sehingga 12.15 pagi (31 Ogos).


''Manakala di tapak parkir Monumen Alaf Baru Presint 2, di Putrajaya, akan diadakan program kira detik merdeka sekitar 11.55 minit malam.


''Di situ juga (tapak parkir) merupakan tapak Riuh Merdeka yang merupakan program 30 jam tanpa henti bermula jam 12 tengah hari 30 Ogos dan akan tamat pada 6 petang 31 Ogos,'' maklum beliau dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Oleh itu, katanya, orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara tersebut yang turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan produk tempatan, pertunjukan fesyen serta persembahan istimewa daripada Zainal Abidin dan Yuna.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page