Amanah sokong, beri kepercayaan tubuh kerajaan baharu



Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menyokong pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembentukan kerajaan baharu.


Menurut kenyataan media Mohamad Sabu, Amanah dan 11 Ahli Parlimen dari parti itu sentiasa memberi kepercayaan kepada Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk kembali kerajaan mandat rakyat.


"Kami mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini telah memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.


"Seperti yang diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen kami menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu," katanya dalam satu kenyataan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio