top of page

AMANAH selesai lantik 27 pemimpin pilih jawatan tertinggi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 24, 2023
  • 1 min read

ree

Konvensyen Parti AMANAH Negara 2023 petang ini selesai mengundi untuk melantik 27 pemimpin yang akan melakukan pemilihan bagi melantik 5 kepimpinan tertinggi parti berkenaan.


Turut dipilih pada petang ini adalah jawatan Speaker dan Timbalan Spekaer baharu bagi sesi 3 tahun ke hadapan.


Speaker baharu adalah ustaz Azhar Shukur yang mendapat 509 undi, Timbalan Speaker Onn Jaafar mendapat 426 undi.

ree
Senarai Jawatankuasa 27 Pemimpin

Sementara jawatankausa 27 pemimpin yang memperolehi undi tertinggi adalah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan 900 undi, Ir Khalid Samad (899), Azli Yusof (755), Datuk Mahfuz Omar (694), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (699), Suhaizan Kaiyat (682), Adly Zahari (643), Datuk seri Mohamad Sabu (613) dan selanjutnya.


Jawatankuasa tersebut ketika ini sedang memilih untuk melantik jawatan utama seperti presiden, timbalan presiden dan 3 naib presiden.


Seramai 1073 perwakilan mengambil bahagian dalam pengundian petang ini.

Ini adalah kali kedua AMANAH menggunakan sistem e-voting dalam pemilihan. Kali pertama adalah pada pemilihan Amanah 2019 lalu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page