top of page

AMANAH optimis menang di empat kerusi DUN Melaka

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
9 hours ago
1 min read
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli. Kredit foto: Harian Metro
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli. Kredit foto: Harian Metro

Parti Amanah Negara (AMANAH) optimis mampu memenangi empat daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.


Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli ketika menyatakan keyakinan itu berkata, sasaran tersebut bukan mustahil berdasarkan rekod dan prestasi kukuh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.


"Ada lima kerusi yang kita mempunyai harapan yang besar. Daripada lima ini, empat itu hampir-hampir... boleh saya katakan 'we are there already'.


"Sekiranya lagi dua kerusi memberi saingan, saya rasa kita akan menyumbang satu jumlah yang sangat signifikan dalam pembentukan Kerajaan Negeri Melaka," katanya dipetik laporan media.


Mohd Hatta berkata begitu menerusi sidang media bersempena Konvensyen AMANAH Negeri Selangor di Subang Jaya, semalam.


Sementara itu, ketika mengulas pencalonan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, sebagai 'poster boy', beliau menyifatkan Adly sebagai individu yang layak diketengahkan.


Bagaimanapun tegasnya, tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan gabungan itu terlebih dahulu dan seluruh jentera PH diseru memanfaatkan baki tempoh kempen yang ada untuk menarik sokongan rakyat di peringkat akar umbi.


"Kita ada masa 13 hingga 14 hari lagi, bukan tempoh panjang tetapi cukup untuk kita bekerja keras, membantu jentera dan menyedarkan pengundi.


"Kita perlu membawa mesej PH adalah kerajaan yang jauh lebih prihatin demi rakyat Melaka," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page