Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini melantik pengurusan penuh parti berkenaan selepas konvensyen dan pemilihan parti itu dua minggu lalu yang menyaksikan beberapa muka baharu dilantik sebagai pimpinan utama.
Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar, kanan), Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) telah mengadakan mesyuarat pertama pagi tadi dipengerusikan oleh Presiden Datuk Seri Mohamad Sabu dan telah melantik kepimpinan penuh bagi sesi 2023-2026.
"Kesungguhan ini adalah bagi memastikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal utuh dan stabil demi menjamin pembangunan negara yang mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera," katanya dalam kenyataan.
Pemimpin yang dilantik mengisi jawatan tersebut kata Faiz terdiri daripada ahli JKP yang telah dipilih perwakilan dalam konvensyen.
Sehubungan itu, katanya, bagi mengangkat suara akar umbi perlantikan Pengerusi AMANAH di peringkat negeri akan dibuat dalam mesyuarat AMANAH yang akan datang setelah notis bertulis diberikan kepada setiap kawasan seluruh negara bagi menamakan calon yang sesuai dan layak untuk dipertimbangkan serta diputuskan oleh Presiden dan JKP.
"Mesyuarat Amanah Nasional turut meluluskan kerangka pelan strategi yang dicapai melalui pemukiman pada 6 Januari 2024 dengan objektif untuk menguatkan parti melalui agenda mengukuhkan organisasi, membina kemantapan ahli melalui nilai nilai yang dikongsi bersama dan mengasaskan identiti perjuangan serta pendekatan politik yang disegani rakyat berteraskan prinsip amanah, adil dan rahmat untuk semua," katanya lagi.
Nama pimpinan yang dilantik seperti berikut:
Naib Presiden 4: Dato’ Wira Mahfuz Omar
Naib Presiden 5: YB Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Setiausaha Agung: Muhammad Faiz Fadzil
Timbalan Setiausaha Agung: Pn Norhayati Bidin
Penolong Setiausaha: Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha: Ustaz Ridzwan Abu Bakar
Setiausaha Organisasi: Abang Mohd Kerdee Abang Masagus
Bendahari Agung: YB Ir Izham Hashim
Pengarah Komunikasi : Khalid Abd Samad
Pengarah Strategi : Ahmad Sabki Yusof
Pengarah Pembangunan Sumber Manusia: YB Suhaizan Kaiat
Pengarah Syariah : Datuk Dr Hasan Bahrom
Pengarah Pilihanraya: YB Mohd Sany Hamzan
Comentários