top of page

Amanah buat laporan polis Hj Hadi fitnah PH



Parti Amanah Negara hari ini membuat laporan polis di seluruh negara atas fitnah pemimpin Pas Hj Hadi Awang kononnya Pakatan Harapan (PH) cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Ketua Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan, ucapan Presiden Pas tersebut amat melampau kerana tindakan mencabar Perlembagaan merupakan kesalahan serius di bawah undang undang negara.


"Kami dari Biro Mobilisasi membuat satu laporan polis khusus kepada Tan Sri Hadi Awang di atas satu kenyataan yang beliau keluarkan 2 - 3 hari lalu," kata Sany dalam sidang media di luar IPD Shah Alam, petang ini.


Menurut beliau lagi, boleh jadi juga perkataan Hj Hadi betul dan di Selangor yang mana wujud DAP sebagai komponen Kerajaan Negeri maka peraturan dan kebiasaan tidak lagi sebagaimana di negeri lain.


Hal itu kerana Selangor telah 15 tahun di bawah PH dan tentulah, katanya, pelbagai cabaran ke atas Perlembagaan berlaku di negeri berkenaan.

Sany mahu rakyat sedar adu domba Hj Hadi

"Di Selangor ini hampir 15 tahun. Dulu atas nama Pakatan Rakyat dan sekarang PH. Apa yang disebut Tan Sri Hadi yang menyatakan kita nak merungkai soal Perlembagaan negara, juga soal keistimewaan orang Melayu.


"Di Selangor kerana PH memerintah ada DAP, hak keistimewaan Melayu (mungkin) dah tak ada. Soal berkaitan dengan Perlembagaan juga berkaitan Raja Melayu. Sebab DAP sebahagian pemerintah di Selangor maka (mungkin) tak ada Sultan," katanya sinis.


Ahli Dewan Negeri Taman Templer itu berkata lanjut, untuk mencabar atau merungkai Perlembagaan bukanlah satu perkara yang mudah.


Mengubah Perlembagaan memerlukan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Apatah lagi berkaitan Islam atau Melayu yang kebanyakan Ahli Parlimen terdiri daripada Melayu - Islam.


"Kita nak beritahu, nak merungkai Perlembagaan ini perlukan 2/3 majoriti. Selain 2/3 (jika bersangkutan Melayu, Islam) dia perlu dapat mandat Majlis Raja raja Melayu. Jadi rakyat negara kita ini boleh fikir apa yang saya sebutkan


"Dalam manifesto PH pun kita sebut, kita nak memperkasa agama Islam, institusi raja, perkasa hak Melayu dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.


"Jadi tolaklah budaya fitnah, tolak budaya adu domba ini," ujarnya.


Sehubungan itu, Sany mahu Hj Hadi membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada PH di atas tohmahan yang beliau lakukan dalam ucapan Pelancaran Perikatan Nasional Negeri Terengganu baru baru ini.


"Kita tuntut Hadi Awang mohon maaf secara terbuka sebab dia fitnah PH. Kalau tidak, kita akan ambil tindakan saman terhadap Hadi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page