top of page

Amalkan 'Malaysia First' bantu kukuhkan nilai ringgit - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19, 2024
  • 2 min read


Rakyat disaran mengamalkan sikap "Malaysia First" atau mendahulukan produk tempatan dalam amalan harian bagi membantu mengukuhkan nilai mata wang ringgit, kata Menteri Kewangan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut termasuk membeli barangan domestik dan melabur dalam pasaran modal tempatan selain kempen melancong dalam negara.

"Dalam menangani isu kejatuhan nilai ringgit, kerajaan menggesa agar semua pihak dapat memainkan peranan bersama (whole of nation approach) dalam membantu mengukuhkan nilai ringgit.


"Semua rakyat Malaysia digalakkan mengamalkan sikap Malaysia First dalam amalan harian. Ini termasuk membeli barangan domestik, serta melabur dalam pasaran modal domestik. Kempen melancong di dalam negara juga perlu diperkenalkan dan ditingkatkan," katanya dalam jawapan lisan yang dipaparkan dalam laman web Parlimen hari ini.


Perdana Menteri berkata, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) memandang serius terhadap prestasi nilai ringgit dan komited untuk mempertahankan serta memperkukuh kedudukan ringgit dengan pelbagai langkah konkrit telah diambil.


Jelas beliau langkah tersebut antaranya memastikan pasaran pertukaran asing di dalam negeri kekal teratur dengan BNM mengambil langkah perlu termasuk campur tangan untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.


"Memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pergerakan dolar Amerika Syarikat (USD).


"Mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran dana ke pasaran pertukaran mata wang asing. Khususnya, kami memperkasakan lagi usaha bersama syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLIC dan GLC) bagi menggalakkan mereka membawa pulang pendapatan daripada pelaburan asing (repatriation) dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten," ujarnya.


Anwar berkata kerajaan juga mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta termasuk menggalakkan mereka mengutamakan pelaburan domestik serta menangguhkan pelaburan luar negara baharu.


"Pelaburan luar negara yang dilaksanakan juga perlu diurus secara berhemat seperti melindungi nilai (‘hedging’) pendedahan mata wang asing dan membawa balik hasil pelaburan luar negara bagi mengurangkan tekanan kepada ringgit," jelasnya sambil mahu semua pihak memainkan peranan bersama membantu mengukuhkan nilai ringgit.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page