top of page

Amalan politik bermaruah terhakis teruk di Malaysia - Dr Dzul



Amalan politik di Malaysia melampaui batas etika serta tidak normal bagi negara yang bertamadun.


Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, politik seharusnya menjurus kepada usaha membangunkan negara dan memberi kebajikan kepada rakyat. Bukannya membeli Ahli Parlimen dengan mengagih-agihkan lantikan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), projek kepada kroni atau pun rasuah peruntukan kepada NGO-NGO ahli politik.


Katanya, Malaysia tidak akan menjadi negara maju sekiranya mengamalkan politik songsang yang tidak bermaruah seperti hari ini.


"Amalan politik bermaruah mesti diwajibkan. Isu-isu perkauman serta agama sempit patut dikikis dari dunia politik. Tetapi malangnya negara kita masih dikongkong oleh cara berpolitik kolot itu. Hanya pengamalan politik yang bermoral, beretika dan berprinsip dapat membawa negara kita maju ke depan dan kesejahteraan rakyat dijaga serta semangat muhibbah dipupuk untuk kebaikan semua lapisan masyarakat.


"Selain itu, jika kita perhatikan, di negara demokrasi maju, pihak kerajaan dan pembangkang saling bekerjasama untuk kebaikan semua tetapi cara berpolitik yang matang seperti itu tidak berlaku di negara kita," katanya dipetik.


Bekas Menteri Kesihatan itu menegaskan, politik tidak wajar ditandai dengan permusuhan, sebaliknya terhad kepada perbezaan polisi dalam menguruskan negara.


Kerajaan Perikatan Nasional (PN), ujarnya, wajar mengurangkan politiking ketika rakyat 'tercungap-cungap' dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini ekoran pandemik Covid 19 .


"Senario politik tempatan masih penuh dengan sentimen 'permusuhan'. Ini bukanlah satu perkara yang baik, di mana tumpuan penuh belum lagi diberikan untuk mengatasi masalah pengangguran.


"Yang perlu sekarang ialah semua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang bekerjasama untuk membantu rakyat. Kita perlu memulakan satu program untuk melatih orang yang telah hilang pekerjaan supaya mereka boleh menceburi bidang kerjaya lain seperti kerja sebagai 'web-designer', 'web-marketing' dan sebagainya.


"Ini adalah kerana pada zaman wabak Covid-19, aktiviti melalui on-line semakin bertambah dan orang yang sudah kehilangan mata pencarian boleh menceburi bidang itu setelah diberi latihan dalam kemahiran yang betul


"Oleh itu aktiviti percaturan politik wajib dihentikan dengan serta-merta," katanya lagi.


Ketidakstabilan politik Malaysia bermula apabila Menteri Kanan Azmin Ali melaksanakan Langkah Sheraton menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu.


Sejak itu, kerajaan 'tebuk atap' PN sukar mengalihkan tumpuan daripada percaturan politik, sehinggakan Dewan Rakyat turut digunakan sebagai pentas mengumumkan data-data yang mengelirukan bertujuan untuk menghitamkan rekod pentadbiran PH tanpa berani menerbitkan senarai penuh atau bukti kukuh apabila dicabar oleh Pembangkang.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page