top of page

Amalan membaca harus disemat dalam jiwa setiap rakyat - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

DS Anwar berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025
DS Anwar berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan membaca perlu menjadi budaya dalam hidup rakyat Malaysia untuk melahirkan generasi pintar dan berilmu.


Beliau berkata demikian ketika hadir di Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025—edisi ke-42—yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


Katanya, PBAKL akan terus menjadi nadi kepada budaya membaca, medan mempertemukan pemikir, penulis, dan pencinta ilmu dari seluruh negara.


"Dalam ucapan saya, saya tegaskan bahawa amalan membaca harus disematkan dalam jiwa setiap rakyat.


"Tiada siapa akan melonjak ke depan tanpa penguasaan ilmu yang menyeluruh, dan ini hanya boleh dijayakan dengan menghidup serta menggerakkan budaya membaca yang mekar dan berterusan dalam masyarakat," katanya dalam muat naik di Facebook.


PBAKL terus unggul sebagai tempat peluncuran buku para ilmuan dan tempat berkumpul para penulis
PBAKL terus unggul sebagai tempat peluncuran buku para ilmuan dan tempat berkumpul para penulis

Anwar turut menekankan bahawa guru merupakan agen terawal yang membentuk kecintaan terhadap ilmu di dalam bilik darjah.


Untuk itu, beliau mengumumkan pemberian baucar buku kepada seramai 400,000 guru sekolah di seluruh negara pada tahun ini.


"Peranan guru sebagai pencetus minat membaca dalam kalangan murid amat penting dan perlu terus didukung," katanya.


Di majlis yang sama juga PM merasmikan Podcast Telaah dan berkongsi ulasan terhadap empat buah karya penting yang menyentuh perjalanan bangsa, warisan peradaban Melayu-Islam serta pemikiran tokoh-tokoh besar seperti Za’ba, Ungku A Aziz, Dr Siddiq Fadzil dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas.


"Sepanjang majlis, saya turut meluncurkan beberapa buah buku terbitan terkini, serta mengunjungi ruang pameran Perbadanan Kota Buku dan Pavilion Al-Falah, di samping melawat reruai penerbit tempatan seperti ITBM, DBP, Karangkraf, MAPIM dan Pavilion Selangor, dan ini menjadi bukti nyata bahawa dunia penerbitan kita kekal rancak dan subur dengan pemikiran tuntas dan bernas," katanya lagi.


Selain itu, Anwar juga turut mencadangkan agar satu garis panduan pembelian perlu diadakan supaya hanya buku yang bermutu sahaja dibeli oleh para guru atau murid yang mendapat baucar.


"Berdasarkan pengalaman tahun lalu, kita tetap cadangkan harus ada juga garis panduan buku yang dibeli kerana buku-buku (ini) tidak semuanya bermutu.


"Buku (yang dibeli) tidak semuanya yang menggalakkan pengajian ilmu," katanya dipetik.


PM dalam pada itu menjangkakan PBAKL 2025 bakal mencecah pengunjung hampir 2 juta berbanding pada tahun lalu.


Katanya, kalau pada tahun lalu rekod 1.8 juta orang yang hadir maka tahun ini boleh melepasi 1.8 juta dan pengunjung pula datang dari seluruh negara.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page