top of page

Amalan kerajaan minta bajet tambahan berlebihan perlu dihentikan


Amalan kerajaan persekutuan meminta bajet tambahan setiap tahun perlu dihentikan kerana dilihat gagal menguruskan perbelanjaan dengan baik dan sekadar menghabiskan wang rakyat, kata Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.


Beliau berkata, perbelanjaan perlu dibuat secara berhemah dan soal disiplin fiskal perlu diperbaiki oleh kerajaan.


"Setiap tahun akan ada perbelanjaan tambahan, dengan peningkatan sebanyak 3.78 peratus dari bajet asal. Penambahan ini kerap dilakukan kerajaan, setiap tahun memang ada perbelanjaan tambahan berkali-kali.


"Ini sudah jadi budaya serta tradisi politik kerajaan yang kurang elok dan perlu dihentikan. Walaupun penambahan hanyalah satu anggaran, tetapi ia tidak patut lari banyak dari angka dasar.


"Kalau penambahan bercanggah besar dengan bajet asal, ini bermakna perangkaan bajet dibuat secara kurang teliti, maknanya menteri dan pihak perkhidmatan awam tidak buat kerja dengan baik.


"Ataupun kerajaan tidak ada disiplin dan boros menggunakan wang rakyat.


"Jika bajet lari 1 atau 2 peratus itu kita boleh terima. Kalau berlaku keadaan luar biasa seperti pandemik COVID-19 dan penambahan melebihi 2 peratus sudah tentu kita boleh menerimanya kerana ia bajet yang perlu disegerakan.


"Tetapi kalau tiada perkara luar biasa maka perbelanjaan kerajaan tidak sepatutnya menyimpang dari anggaran asal melebihi 2 peratus," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan tambahan untuk menambah bajet sebanyak RM7 bilion bagi menampung perbelanjaan operasi kerajaan.


Ia satu penambahan daripada Bajet 2020 yang memperuntukkan sebanyak RM316.55 bilion.


Justeru, Wong Chen mencadangkan satu RUU baharu jika kerajaan membelanjakan bajet melebihi 2 peratus daripada peruntukan asal.


"Kerajaan perlu mengambil langkah mengadakan sidang tergempar untuk mendapatkan kelulusan penuh ahli-ahli parlimen.


"Kerajaan juga perlu menerbitkan sebuah laporan akaun pengurusan sebanyak empat kali setahun supaya keadaan fiskal perbelanjaan kerajaan dapat dipantau dengan baik dan bersesuaian dengan masa.


"Kerajaan juga boleh memberi kuasa penuh kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang sedia ada untuk memantau bagi pihak semua ahli parlimen.


"Saya harap menteri kewangan dapat menerima cadangan ini atau sekurang-kurangnya membuat dialog ataupun jawatankuasa tidak rasmi bagi menjaga disiplin negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page