top of page

Alat pengesan AI diaktifkan, DBKL siap siaga banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 22
  • 1 min read
Datuk Bandar Kuala Lumpur, DS Dr Maimunah di Majlis Pelancaran Zon Sifar Sisa Wilayah Persekutuan
Datuk Bandar Kuala Lumpur, DS Dr Maimunah di Majlis Pelancaran Zon Sifar Sisa Wilayah Persekutuan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan alat pengesan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai persediaan menghadapi fenomena La Nina.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, alat pengesan tersebut berfungsi mengenal pasti sebarang kenaikan paras bahaya air sungai di Lembah Klang.


"Apabila alat itu mengesan paras bahaya, maklumat itu akan disampaikan terus kepada jurutera bertugas. Pasukan kami sentiasa bersiap siaga 24 jam setiap hari bagi menghadapi risiko banjir ekoran fenomena La Nina," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Zon Sifar Sisa Wilayah Persekutuan di Pusat Penjaja Jalan Raja Muda Abdul Aziz (TPCA), Kampung Baru pada Ahad.


Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat kemungkinan La Nina berlaku dalam tempoh singkat awal musim sejuk 2025/2026 sebelum keadaan cuaca kembali ke paras neutral tidak lama selepas itu.


Fenomena tu berpotensi mempengaruhi corak taburan hujan di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.


MetMalaysia mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Sementara itu menurut Maimunah, beliau telah mengarahkan pihak agensi mengenal pasti agar kemudahan pam berfungsi dengan baik selain membersihkan kolam takungan air.


"DBKL akan memastikan kolam takungan didalamkan dan longkang dibersihkan dengan kerjasama Alam Flora supaya tidak tersumbat," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page