Aktiviti transgender makin rancak di Kelantan?



Kelantan yang pernah digelar negeri 'Serambi Mekah' ketika di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu perlu bermuhasabah pada era kepimpinan Pas hari ini.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kelantan, Muhd Hafiz Muhd Kasasi, negeri yang ditadbir Pas itu kini mula menjadi tempat bercambahnya aktiviti transgander, berlawanan dengan rekod pentadbiran ulama sedekad lalu.


"Kita menerima aduan mengenai penawaran aktiviti berbentuk maksiat oleh golongan ini (transgender) yang dilihat semakin rancak dengan modus operandi mencari pelanggan menerusi aplikasi Wechat dan seumpamanya.


"Adalah wajar tindakan terhadap aktiviti tidak bermoral ini didahulukan lebih awal di negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah dan slogan kerajaan 'Membangun Bersama Islam'.


"Aktiviti tidak bermoral ini seperti tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri dengan apa yang kita dapat lihat sekarang makin bertambah serius khususnya melibatkan golongan ini, malah semakin menonjol susulan tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib," katanya dipetik Malaysiakini.


Muhd Hafiz membangkitkan isu berkenaan selepas membaca kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu transgender baru-baru ini.


Marzuk dalam kenyataannya berkata bahawa tiada ruang untuk golongan transgender melakukan maksiat di Malaysia.


Sehubungan itu, Muhd Hafiz mahu kerajaan Kelantan di bawah Perikatan Nasional mengambil pendekatan berkesan dalam menangani gejala tidak bermoral itu dan bukan hanya beretorik bagi meraih kepentingan politik.


"Jangan hanya setakat menyampaikan ceramah sahaja tanpa tindakan diambil bagi mencegah perkara ini berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi. Ia amat bahaya khususnya berlaku pada golongan muda di negeri ini.


"Pelbagai inisiatif perlu dilakukan dengan segera oleh pihak berwajib bagi memastikan aktiviti transgender ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin.


"Kami menyarankan agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak kerajaan demi menjamin nama baik negeri Kelantan yang kita sayangi.


"Sebagai sebuah negeri yang sering dilaungkan memerintah secara Islam, dalam tempoh 30 tahun menjadi kerajaan isu seperti ini sepatutnya menjadi contoh kepada kerajaan negeri lain dalam soal pembanterasan dan tindakan tegas. Jangan hanya berteori sahaja tanpa usaha dan praktikal kita terjemahkan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER