top of page

Aktiviti ekonomi digital - affiliate, pembuat kandungan perlu ekosistem baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Fuziah ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan TikTok Shop Summit Malaysia 2025
Fuziah ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan TikTok Shop Summit Malaysia 2025

Oleh: Akmal Manaf


Ekosistem dalam ekonomi digital iaitu rangkaian hubungan antara platform, amat penting kerana semua peniaga dan pengguna harus dilindungi, kata Senator Datuk Dr Fuziah Salleh.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu pada masa sama, turut menasihatkan platform-platform e-dagang agar memastikan sistem yang disediakan digunakan dengan sebaiknya.


"Hari ini kita melancarkan kempen beli barang buatan Malaysia bersama TikTok Shop untuk 2025.


"Di samping itu saya rasmikan penutupan TikTok Shop Summit Malaysia 2025," katanya malam tadi.


Tegas Fuziah, integriti harus sentiasa diutamakan dalam setiap urus niaga di atas talian bagi memastikan kepercayaan dan kestabilan ekosistem perdagangan digital.


''Tahniah kepada TikTok Shop kerana memastikan ekosistem dikendalikan dengan baik, di mana mereka memberi sokongan yang padu, kerjasama dengan pelbagai kementerian dan memberi sokongan kepada affiliate serta penjual.


''Alhamdulillah ini satu sumbangan yang amat bermakna kepada pembangunan ekonomi digital,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup TikTok Shop Summit dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2025, di Shah Alam.


Kepada perserta ekonomi digital yang menjalankan aktiviti perniagaan secara affiliate dan pembuat kandungan - teknik pemasaran terbaharu di TikTok dan media sosial - Dr Fuziah berkata kerajaan kementeriannya beri sokongan padu kepada golongan tersebut dalam menjalankan perniagaan bentuk baharu di negara ini.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page