top of page

Aktifkan Ranting kukuh parti peringkat akar umbi - Ketua AMK Gombak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 19
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Ranting KEADILAN perlu dikukuhkan selepas Pemilihan 2025.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Gombak, Abdul Haris Harahap (gambar). Katanya, pihak AMK Gombak pada waktu ini sedang menumpukan untuk mengaktifkan semula Ranting-Ranting di Cabang berkenaan.


"Setahu saya, Ranting-Ranting di Gombak masih lagi pasif, tak aktif.. jadi saya cadangkan, ia diaktifkan semula kerana di Gombak ini setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ada banyak Ranting.


"Jadi kita akan jumpa setiap Ketua Ranting khususnya anak muda dan kita akan rangkul semula mereka sekali gus menghidupkan Ranting-Ranting di Gombak.


"Ia agar Cabang-Cabang lain akan menjadikan Gombak sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk mereka buat sama seperti kita," katanya ketika ditemui pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden KEADILAN Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, semalam.


Justeru Haris berharap, Ranting-Ranting di Gombak akan kekal aktif malah beliau berkata, pihaknya bakal mengadakan pertandingan Mobile Legend pada hujung bulan ini.


Ujarnya, tumpuan akan diberikan di setiap kampung di Gombak kerana fokus utama adalah di peringkat akar umbi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page