top of page

Akta PSB: Menteri tawar pengkritik pengalaman tinggal di flat usang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4
  • 1 min read

Flat usang perlu dibina semula bagi menyediakan tempat tinggal lebih bermaruah bagi B40
Flat usang perlu dibina semula bagi menyediakan tempat tinggal lebih bermaruah bagi B40

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, secara sinis mempelawa Ahli Parlimen pembangkang yang membantah usaha kerajaan memperkenalkan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) untuk tinggal di flat usang sekitar ibu negara.


Menurut beliau, pengalaman hidup di kawasan sedemikian akan membuka mata wakil rakyat terbabit terhadap kesukaran yang dihadapi oleh penduduk bandar, sekali gus memahami keperluan mendesak akta berkenaan.


"Kepada Ahli Parlimen yang bantah PSB, saya jemput bawa isteri dan anak tinggal di rumah flat usang.


"Jangan hanya tinggal di banglo sendiri. Rasai sendiri apa yang dialami golongan miskin bandar, baru tahu kenapa kita mahu wujudkan Akta PSB.


"Jika setuju, mereka boleh mendiami unit kosong dan dikecualikan daripada membayar sewa," katanya dipetik.


Mengikut rekod, sebanyak 534 bangunan lama telah dikenal pasti di seluruh negara (tidak termasuk Sabah dan Sarawak), termasuk 139 tapak di Kuala Lumpur disenaraikan dalam Rancangan Struktur 2040.


Kerajaan MADANI sebelum ini memberi jaminan bahawa akta itu akan menjamin hak pemilik kediaman.


Berdasarkan prinsip “one-to-one” atau “not less favourable” pemilik yang terlibat proses pembangunan semula akan menerima unit baharu yang lebih baik daripada unit asal.


Pada Selasa lalu, Nga mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen melawat empat lokasi pembaharuan bandar di sekitar Kuala Lumpur untuk memberi pendedahan lebih mendalam tentang keperluan PSB kepada masyarakat.


Namun, tiada seorang pun wakil pembangkang hadir dalam lawatan itu meskipun mereka giat mempolitikkan isu berkenaan.


"Mereka setuju (untuk hadir), tetapi tidak muncul. 'Ponteng' bukan saja di Parlimen, program bantu rakyat pun mereka tidak datang," katanya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page