top of page

Akta PSB: K'jaan jamin pemilik terima unit lebih selesa, prinsip “not less favourable”

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 1 min read

Menteri dan Ahli Parlimen dalam lawatan ke flat usang sekitar ibu negara
Menteri dan Ahli Parlimen dalam lawatan ke flat usang sekitar ibu negara

Kerajaan memberi jaminan bahawa mana-mana pemilik rumah yang terlibat dalam projek Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan menerima unit pengganti yang baharu, lebih selesa dan berdaya huni.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, jaminan tersebut selari dengan prinsip “one-to-one” atau “not less favourable” seperti yang diperuntukkan dalam Akta PSB.


"Jika anda miliki unit seluas 450 kaki persegi, unit baharu pasti akan lebih luas. Jika nilai asal ratusan ribu, aset baharu akan lebih bernilai.


"Kerajaan MADANI komited untuk memperkayakan rakyat, bukan menindas," katanya dipetik dalam sidang media sempena Ekspedisi Akta PSB bersama Ahli Parlimen pada Selasa.


Terdahulu Ahli-ahli Parlimen dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pegawai kanan dan wakil Kementerian serta agensi, termasuk pengamal media dibawa melawat kawasan usang, tidak selamat dan tidak kondusif untuk didiami; serta kawasan yang telah berjaya dibangunkan semula.


Empat lokasi PSB tersebut adalah Flat Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang; dan Flat Taman Kuchai Jaya, Kuchai Lama, yang belum dibangunkan semula.


Manakala dua lagi lokasi di bawah kategori kawasan PSB yang berjaya dibangunkan ialah 1Razak Mansion dan Residensi Kerinchi.


Dipetik laporan Astro Awani mendapati lokasi yang belum dibangunkan berada dalam keadaan yang sangat daif, tidak selamat, selain banyak disewakan kepada pekerja asing.

Malah sebahagian penduduk, khususnya pemilik unit memohon agar pembangunan semula kawasan tersebut dipercepatkan tanpa menunggu penguatkuasaan Akta PSB.


RUU PSB dijadualkan akan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada sesi Jun akan datang.


Nga menekankan bahawa pelaksanaan Akta PSB yang sistematik bukan sahaja dapat memulihkan kawasan perumahan uzur, malah meningkatkan taraf hidup serta nilai hartanah rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page