top of page

Akta PSB elak pemilik rugi dikenakan Akta Pengambilan Tanah paksa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Tindakan blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) menggambarkan tindakan kerajaan menggubal Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB) sebagai merampas hak rakyat yang menghuni rumah pangsa usang kerana menurunkan jumlah ambang sokongan persetujuan pemilik kepada 75 - 80% sebagai tohmahan yang sengaja untuk mendapatkan kelebihan politik.


Bagi Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran sekiranya PN ingin menampilkan diri sebagai pembela rakyat, mereka seharusnya memberi cadangan alternatif kepada PSB sebagai perbandingan yang bertujuan mengelakkan penyalahgunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk membangunkan kawasan perumahan usang tetapi tidak mendapat 100% persetujuan pemilik.


"Jika tidak, kes-kes seperti di Kampung Sungai Baru (pengambilan tanah di kawasan strategik di Kuala Lumpur) akan terus berlaku dan penduduk asal terutama golongan Melayu akan terus rugi dalam proses pembangunan bandar.

R Yuneswaran
R Yuneswaran

"Jadi, PN mempunyai dua pilihan iaitu menyokong Akta PSB yang adil untuk melindungi hak penduduk asal atau membiarkan sistem sedia ada yang boleh merugikan penduduk sekiranya pemaju dan Kerajaan Negeri tidak bertimbang rasa.


"Adakah PN akan memilih untuk melindungi pemilik rumah, atau membiarkan sistem yang ada terus dipergunakan oleh pihak berkepentingan?" soal beliau ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai manfaat yang bakal diterima penduduk apabila akta itu dikuatkuasakan, dan bukannya seperti apa yang dibayangkan oleh PN sebelum ini.


Menurut Yuneswaran lagi, Akta PSB lebih jelas dalam melindungi hak pemilik asal dan akta tersebut juga boleh berfungsi bagi memastikan jaminan pulangan atau pembinaan unit baharu yang setara atau lebih baik.


Selain itu, Ketua Penerangan KEADILAN Johor itu berkata, akta tersebut berupaya mengawal kos penyelenggaraan

yang merupakan salah satu isu utama yang dilihat boleh membebankan penduduk asal, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah.


"PSB yang baik mesti mewajibkan pemaju menyediakan mekanisme kawalan harga atau subsidi penyelenggaraan untuk pemilik asal, sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu," ujarnya lagi.


Untuk rekod, PSB selain menjamin nilai harga rumah yang tinggi dan rakyat mendapat pampasan seadilnya, akta itu juga mengelak pengambilan tanah paksa oleh kerajaan yang hanya diputuskan oleh Menteri Besar dalam mesyuarat Exco tanpa mengambil kira suara pemilik hartanah.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page