top of page

Akta Perlindungan Peribadi, Akta Finas akan dipinda



Kerajaan sedang meneliti untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata langkah itu bagi memastikan tiada ahli lembaga pengarah Finas akan menerima geran dan manfaat daripada dana kerajaan atau agensi itu.


"Mereka yang memegang jawatan Ahli Lembaga Finas tidak boleh menerima sebarang geran atau manfaat daripada Finas dari segi kerjaya mereka.


"Jadi ini yang menjadi persoalan bagi ramai penggiat industri filem negara kerana persoalannya sekiranya mereka yang menjadi Ahli Lembaga Finas dari kalangan mereka yang telah pencen, mungkin perubahan teknologi itu bergerak pantas, adakah mereka mampu memahami perubahan-perubahan itu," katanya


Fahmi berkata demikian dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu sebagai mengulas laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini yang mendedahkan terdapat penyaluran Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM4 juta kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli atau jawatankuasa Finas.


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Fahmi turut memberitahu terdapat keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Peribadi (Akta 709) bagi mengekang kebocoran data pengguna.


Langkah itu katanya bukan hanya untuk memperkukuhkan akta berkenaan tetapi juga untuk memastikan bahawa semua organisasi yang mengendalikan data bertanggungjawab ke atas keselamatan data pengguna.


"Ketika ini seakan-akan tidak ada rasa segan silu jika berlaku ketirisan data.


"Malah sekiranya dibuat penafian, tidak ada pengesahan bahawa penafian itu benar ataupun tidak.


"Jadi undang-undang dari segi itu kita sedang usaha untuk perketat dan ia sangat penting," katanya dalam satu lagi sidang media di Petaling Jaya sempena Pelancaran Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page