top of page

Akta Perhimpunan Aman disalahguna sekat suara rakyat?



Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 tidak sewajarnya digunakan sewenang wenang untuk menyekat aktivisme anak muda.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, R. Yuneswaran, akta tersebut tidak sepatutnya digunakan untuk menyiasat beberapa pemimpin AMK yang mengadakan perhimpunan dan konvoi selamatkan SPRM seperti Ahli Parlimen Johor Bharu Akmal Nasir, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran, Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab dan Naib Ketua AMK Malaysia Thiban Subbramaniam, baru baru ini.


"Penggunaan akta ini menjadi persoalan kerana ia jelas bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang hak bersuara rakyat Malaysia.


"Walaupun Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 pernah dipinda pada tahun 2019 dengan mengurangkan notis makluman pada pihak berkuasa namun begitu, penggunaan akta ini dilihat lebih menindas dan seolah-olah hanya ingin mendiamkan suara rakyat tentang isu semasa negara.


"Sebelum ini juga Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) pernah dikompaun sebanyak RM 2,000 di bawah akta yang sama apabila meganjurkan program memperingati mereka yang terkorban akibat Covid19," katanya.


Menurut Yunes lagi, APA digazetkan ekoran perhimpunan Bersih 3 yang didakwa mengganggu hak orang lain dan mendatangkan kerosakan harta-benda awam.


APA mengandungi 6 bahagian iaitu Bab I: Permulaan, Bab II: Hak untuk Berhimpun Secara Aman, Bab III: Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis, Bab IV: Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan, Bab V: Penguatkuasaan dan Bab VI: Pelbagai.


Katanya, jika kita lihat berdasarkan setiap seksyen dalam APA 2012 maka akta itu hanya boleh digunakan jika himpunan mengganggu hak orang lain. Jadi hak siapa yang telah terganggu menyebabkan akta ini sering digunakan untuk mendiamkan para aktivis?


"Adakah kerana segelintir individu yang berada di tampuk kuasa tidak senang dengan suara-suara yang mempersoalkan kepincangan sistem dalam negara ini?


"Jika benar begitu ini sangat bertentangan dengan Perkara 10 dan penggunaan akta ini juga tidak selari dengan Artikel 5 Konvensyen Antarabangsa yang ditandatanagi Malaysia iaitu hak untuk menyertai perhimpunan aman dan pertubuhan.


"Saya juga meminta jemaah Menteri dan ahli parlimen pihak kerajaan serta pembangkang bersatu hati dalam menggubal pindaan akta ini. Saya yakin kebanyakan mereka juga pernah didakwa di bawah akta yang sama termasuk saya sendiri didakwa dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 ribu pada tahun 2013 walapun saya bukan penganjur black505.


"Akta ini perlu dikaji semula supaya tidak menjadi punch bag untuk mana-mana pihak menggunakannya atas alasan membungkam suara-suara yang tertindas," katanya lagi.


Yunes tidak menolak kebebasan bersuara perlu ada batasnya, namun katanya, apabila suara digunakan untuk mempertahankan prinsip keadilan serta masyarakat yang tertindas ia tidak sepatutnya ditekan di bawah APA.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page