top of page

Akta Pekerja Gig 2025 beri hak pekerjaan bermaruah kepada pekerja gig - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 31
  • 2 min read

DS Anwar dalam perutusan khas sempena merdeka gembira Akta Pekerja Gig akhirnya diluluskan
DS Anwar dalam perutusan khas sempena merdeka gembira Akta Pekerja Gig akhirnya diluluskan

Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Ogos lalu yang bakal membolehkan lebih 1.2 juta pekerja sektor itu mendapat hak rundingan gaji dan syarat kerja lebih baik daripada majikan.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akta itu merupakan satu perjuangan panjang di peringkat penggubal dasar dan telah berjaya diselesaikan pada era pemerintahan Kerajaan Perpaduan.


Lebih manis, kata beliau, akta berkenaan diluluskan dalam bulan kemerdekaan yang memberi inspirasi semangat merdeka kepada pekerja yang sebelum ini tidak dibela oleh undang undang khusus.


"Kepada anak muda Alhamdulillah satu kemenangan kepada pekerja gig sesuai dengan kemerdekaan sekarang, iaitu membebaskan pekerja gig dari tekanan, dan mendengar, menyantuni tuntunan mereka yang kita janjikan walaupun ia mengambil masa kerana proses perundangan begitu rumit.


"Ada juga bangkangan tetapi saya syukur kerana soal nasib pekerja gig, e-hailing, penghantaran makanan, pekerja digital itu dapat disantuni dan cuba diselesaikan beberapa perkara dibangkitkan," katanya dalam perutusan khas kepada pekerja gig diambang kemerdekaan di media sosial malam tadi.


Menurut Anwar lagi, RUU tersebut tidak mudah untuk diluluskan memandangkan kritikan daripada pelbagai pihak.


Katanya gambaran diberikan konon akta berkenaan tidak menguntungkan, sedangkan ianya lebih baik dibanding keadaan sekarang dengan jaminan keselamatan pekerjaan, cuti, perlindungan Perkeso, perlindungan insurans dan sebagainya.


Tegas PM, jelas dengan akta yang ada nasib pekerja gig lebih baik daripada sebelumnya, iaitu tanpa undang undang bertulis.


"Ini belum pernah difikirkan oleh mereka yang curiga dan menentang. Jaminan kestabilan pendapatan, maruah dan pengiktirafan, dan akhirnya jaminan keselesaan saudara saudara yang terlibat dalam pekerjaan ini dan keluarga," katanya.


Anwar pada penutup menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan pasukannya yang bertungkus lumus menyelesaikan RUU tersebut.


Beliau juga mengucapkan syabas kepada parti komponan kerajaan yang menyokong padu kelulusan akta itu.


Untuk rekod, selepas tujuh tahun digubal Akta Pekerja Gig akhirnya diluluskan setelah dibahaskan oleh 23 anggota Dewan Rakyat daripada blok kerajaan dan pembangkang.


RUU itu meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page