top of page

Akta 325 Kedah dan P Pinang bukti kedaulatan negeri - Faiz

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 2, 2023
  • 2 min read


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang gopoh menuntut kembali Pulau Pinang untuk digabungkan bersama Kedah seharusnya tidak lupa menelaah Akta Kedah Dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325).


ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata, kewujudan undang undang bertulis itu adalah bukti jelas serta dokumen konklusif mensahihkan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berdaulat, bukan milik Kedah atau setaraf Pulau Batu Puteh yang direbutkan Malaysia dan Singapura.


"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi sering kali membangkitkan isu kedaulatan Pulau Pinang sehingga mendakwa Pulau Pinang milik Kedah dengan merujuk kepada sejarah lama ratusan tahun dulu.


"Acap kali beliau membuat dakwaan mempunyai dokumen menyokong kenyataan tersebut, namun sehingga sekarang tiada satu dokumen sahih dan berkuatkuasa disebut atau ditunjukkan. Maka, Sanusi dicabar membawa tuntutan beliau ke mahkamah kerana prinsip undang-undang menyatakan bahawa orang yang mendakwa perlu membawa bukti.


"Walaupun ramai pakar undang-undang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah dakwaan Sanusi yang tidak faham Perlembagaan, namun beliau masih degil mempertahankan dakwaan tersebut, tanpa asas dan bukti sokongan," kata Faiz dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Jawatankuasa Amanah Pusat itu, Sanusi sanggup mengelirukan generasi muda yang tidak faham undang undang tubuh negeri untuk memperlihatkan dirinya seorang hero di Kedah.


Sedangkan katanya, generasi muda perlu didik dengan fakta yang betul agar mereka mewarisi pemikiran berilmu.


Katanya, dengan adanya Akta 325 maka kedudukan Pulau Pinang amatlah teguh di sisi Perlembagaan yang mengiktiraf pulau itu sebagai negeri Persekutuan.


"Walaupun Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang kewujudan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang diiktiraf dalam Persekutuan Malaysia, namun Akta 325 ini adalah undang-undang konklusif dan merupakan perjanjian sah dan mengikat kedua-dua negeri.


"Ini kerana Akta ini masih berkuatkuasa dan digubal bagi menentukan sempadan kedua-dua negeri. Bila Akta memperuntukkan sempadan, maka wujudlah sebuah negeri yang berdaulat.


"Akta ini menyebut tentang negeri Pulau Pinang dan sempadan dengan Kedah yang digubal berdasarkan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu," katanya.


Menjadi persoalan, kata Faiz, adakah Sanusi mahu mempersoalkan undang undang dan mengingkari Majlis Raja Raja yang telah menetapkan kedudukan negeri.


Sekiranya demikian, katanya, rakyat Kedah perlu membuat keputusan bijak dalam pilihanraya untuk menolak Sanusi dan PN. Tugas MB, kata Faiz adalah mentadbir dan bukannya menimbulkan masalah atau pertelingkahan terhadap sebarang undang undang yang telah dipersetujui.


"Adakah Sanusi mahu menafikan satu Akta yang diluluskan secara sahih? Kenapa beliau tidak bersuara membantah Akta ini ketika digubal?


"Adakah Sanusi mahu dianggap mengingkari Majlis Raja-raja Melayu? Kenaifan Sanusi dalam memahami undang-undang meletakkan diri beliau tidak layak untuk terus menjawat jawatan utama pentadbiran negeri.


"Pentadbiran negeri dipandu oleh undang-undang, dan jika beliau tidak memahami undang-undang, bagaimana boleh beliau mentadbir dengan baik," katanya lagi.


Faiz menasihatkan Sanusi agar tidak mengkesampingkan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia yang dibuat ketika merdeka dan pembentukan itu mengandungi negeri Kedah dan Pulau Pinang di dalam Perjanjian Persekutuan Malaya 1957.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page