top of page

Akta finas akan dipinda, pastikan pekerja seni dicarum Perkeso



Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 akan dipinda bagi memastikan kontrak kerja kepada pekerja industri kreatif tanah air mempunyai jaminan keselamatan sosial.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pindaan itu akan memastikan syarikat yang menyediakan kontrak kerja mencarum di dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

"Saya telah arahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas untuk meneliti pindaan ini sebelum ia melalui proses seterusnya.


"Perkara ini akan makan masa mungkin antara enam bulan ke setahun. Kontrak-kontrak yang terdapat dalam akta ini akan ditambah baik untuk pastikan aspek keselamatan sosial pekerja industri kreatif tidak diketepikan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam program Ziarah Ramadan Sempena Aidilfitri ke rumah pengarah dan pelakon, Mohamad Jamil Zulkifli atau lebih dikenali sebagai M Jamil di Puchong, hari ini.


Program tersebut merupakan siri ke 10 dan M jamil adalah penerima sumbangan yang ke 33.

Fahmi memberi bantuan kepada M Jamil

Menurut Fahmi, antara sumbangan yang diberikan termasuk kerusi roda, bahan makanan, sumbangan dari Finas dan sumbangan peribadi beliau sendiri, juga bantuan kos perubatan selama setahun.


Bagi kes Perkeso, Fahmi kesal kerana wujud pertikaian mengenai skim keselamatan sosial itu dalam kes M Jamil dan hal seperti itu tidak seharusnya terjadi lagi.


"Kita lihat isu abang Jamil. Waktu beliau terkena serangan angin ahmar dulu beliau memaklumkan syarikat yang mengendalikan (beliau bertugas) sepatutnya membuat caruman kepada Perkeso tetapi difahamkan sekarang ada pertikaian tentang hal tersebut


"Ada keperluan untuk Finas usaha merangka standard kontrak terkandung klausa mengenai caruman KWSP dan Perkeso. Namun perlu ada juga mekanisme aduan, selain aduan kepada Perkeso juga kepada Finas sekiranya pihak yang berjanji untuk membuat caruman itu gagal (melakukannya)


"Di sini saya lihat ia tidak patut berlaku. Harapan saya kita dapat melalui siri ziarah seperti ini. Kita dapat maklumat tambahan untuk teliti kerangka dan lebih membantu serta menjamin keselamatan sosial dalam industri kreatif," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page