top of page

Akta Antilompat Parti: Perlembagaan Persekutuan Tidak Perlu Dipinda


Akta Antilompat Parti boleh digubal tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.


Beliau berkata, ia boleh dilakukan berdasarkan Perkara 10 (2) (c) dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah seksyen kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


Ia menyebut bahawa Parlimen melalui undang-undang boleh mengenakan apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau kemoralan.


"Ini boleh ditafsirkan bahawa Perkara 10(1)(c) bukanlah muktamad sekali gus Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen untuk mengenakan sekatan ke atas gejala lompat melompat parti di kalangan ahli-ahli parlimen atau Adun-Adun untuk digubal satu Akta Antilompat Parti demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.


"Sebuah kerajaan Persekutuan yang sah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 tiba-tiba tumbang angkara lompat parti tentu sahaja menjejaskan kepentingan keselamatan negara.


"Ketenteraman awam juga terjejas sama. Isu prinsip moral dalam demokrasi berparlimen juga timbul apabila ahli-ahli parlimen yang melompat itu mengkhianati para pengundi yang memilih mereka dalam pilihan raya.


"Jika isu keperlembagaan (constitutionality) ditimbulkan sebagai alasan untuk menghalang penggubalan Akta Antilompat Parti, maka dinasihati supaya Perkara 10(1)(c) hendaklah dibaca sama dengan Fasal 2 (c)," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Hassan juga berpandangan Akta Antilompat Parti tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.


"Akta Antilompat Parti adalah satu akta biasa yang memerlukan kelulusan majoriti mudah bukannya kelulusan majoriti dua pertiga," katanya.


Justeru, Hassan menempelak sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap enggan menggubal akta tersebut kerana kerajaan itu dibentuk oleh ahli-ahli parlimen yang lompat parti.


"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sempat berkuasa selama 22 bulan telah gagal menggubal Akta Antilompat Parti.


"Kesan dari kegagalan itu kerajaan PH menjadi mangsa apabila ditumbangkan oleh perbuatan melompat parti di kalangan ahli parlimen PH yang hilang prinsip moral kerana sanggup mengkhianat mandat rakyat.


"Adakah kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai keazaman politik untuk menggubal Akta Antilompat Parti?


"Adalah disangsikan kesanggupan kerajaan PN untuk berbuat demikian kerana kerajaan PN itu sendiri ditegakkan atas perbuatan lompat melompat parti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page