top of page

Akta Anti Lompat Parti untuk kembalikan keyakinan terhadap sistem politik - Anwar



Akta Anti Lompat Parti dijangka berupaya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem politik Malaysia.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) berkata akta yang sama, dalam kajian pada 2009, telah wujud di 40 negara dan kebanyakannya negara membangun seperti Malaysia yang sistem politiknya belum stabil


"Jadi kita anggap ini soal maruah atau integriti Ahli Parlimen, sehingga ada diwar warkan (persendaan) Ahli Parlimen untuk dijual.


"Soalnya bukan khianat tetapi yang perlu diketahui oleh PM dan diperhatikan oleh badan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah kerana ia melibatkan rasuah, sogokan dan penipuan.


"Dengan pindaan ini ia tidak menyelesaikan (kesemua isu). Kita mahu guna pindaan ini, tanya SPRM mengapa janji sogokan jawatan dan wang berjuta dipadamkan dan tidak disiasat," kata Anwar dalam sesi membahaskan usul di Dewan Rakyat sebelah pagi.


Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mengkritik SPRM yang tidak menyiasat dakwaan sogokan kewangan atau jawatan ke atas ahli politik yang terlibat dalam Langkah Sheraton pada 2020.


"Dalam kes mutakhir Langkah Sheraton banyak laporan dibuat, tetapi tak ada siasatan dan kenyataan susulan SPRM. Dakwaan (tawaran melompat) ini bukan satu, termasuk (Ahli Parlimen) Sungai Siput, Putatan, Miri, Padang Serai dan Sekijang.


"Kalau laporan menyentuh integriti Ahli Parlimen saya anggap bukan kelemahan amalan melompat ini, tetapi pengurusan badan badan penguatkuasaan termasuk SPRM," katanya.


Justeru, beliau berharap anak muda yang alergi kepada politik pasca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan akan melibatkan diri semula dalam aktiviti memilih kerajaan melalui pilihan raya selepas akta diluluskan.


Anwar juga menyokong ucapan usul Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dewan yang menekankan akta berkenaan akan menghentikan pengkhianatan politik sama ada di sebelah kerajaan, mahu pun pembangkang.


"Kita mahu satu pengajaran, kerana ada kesan dan anggapan, terutama di kalangan anak muda. Terhakisnya keyakinan terhadap politik dan orang politik kerana mereka anggap pilih siapa pun mereka boleh dibeli.


"Betul kata PM ini percubaan mengentikan rasuah dalam politik dan pengkhianatan orang yang menerima amanat, berjanji dan bersumpah dengan rakyat dan kemudian sewenang wenang dengan jutaan ringgit boleh meninggalkan isu semua.


"Kita perlu berusaha memulihkan keyakinan terhadap sistem politik," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page