top of page

Akta Anti Lompat parti berkesan wujudkan kerajaan stabil



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan tidak perlu tunduk kepada desakan pihak pembangkang agar Akta Anti Lompat Parti 2022 dipinda setelah empat Ahli Parlimennya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menegaskan ini kerana akta tersebut terbukti berjaya mewujudkan kerajaan yang stabil selain mengelakkan wakil rakyat melompat parti sesuka hati.


"Kalau akta ini tidak ada maka keputusan 10 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang memberi sokongan kepada Muhyiddin itu akan wujudkan kerajaan yang tidak stabil kerana kerajaan yang dibentuk Muhyiddin dengan 'mencuri' wakil rakyat daripada BN hanya ada (sokongan) 115 kerusi


"Ikut sejarah Muhyiddin diangkat menjadi kerajaan melalui pintu belakang dengan hanya 114 kerusi, beliau gagal akhirnya dijatuhkan lapan Ahli Parlimen BN yang memaksa beliau letak jawatan dan diserahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob).


"Dalam keadaan mewarisi kerajaan yang 114 orang itu dia (Ismail Sabri) pun tak stabil dan terpaksa tunduk desakan dalam parti yang mahukan pilihan raya umum diadakan segera," katanya dalam program Kata Sumber terbitan Sumberkini semalam.


Turut tampil sebagai ahli panel ialah pensyarah Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.


Lokman berkata pihaknya berdukacita apabila sebuah parti yang hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen termakan dengan hasutan pihak tertentu telah menukar pendirian terhadap Perdana Menteri yang beliau sokongan ketika membentuk kerajaan sebelum ini.


"Ini sebabkan wujud tindakan sama yang dibuat Syed Saddiq (MUDA-Muar) dilakukan oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan saya boleh tafsirkan ini salah satu protes terhadap PN yang angkuh.


"Bila mana mereka menjadi kerajaan boleh tandatangani CSA (Confidence Supply Agreement) tetapi apabila PMX minta mereka enggan," katanya.


Beliau menjelaskan bahawa bukan semua Ahli Parlimen PN bersetuju apabila pembangkang enggan berunding dengan kerajaan.


"Bukan semua kalangan Ahli Parlimen PN ini ada kemampuan kewangan sama Muhyiddin, Hamzah atau Abdul Hadi yang tidak ada masalah kewangan.


"Seramai 74 orang Ahli Parlimen (PN) tidak semua ada kemampuan sama dan tindakan mereka tidak mahu berunding dan hanya mementingkan diri sendiri ini mendorong empat wakil rakyat sokong PMX untuk mendapat peruntukan kawasan masing-masing," katanya.


Laporan sebelum ini menyebut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya RUU Anti Lompat Parti dikaji semula berikutan terdapat kelemahan susulan tindakan empat Ahli Parlimen parti itu menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri namun kekal bersama parti.


Empat Dewan Rakyat itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.


Pada 7 November lalu, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan bagi tempoh enam tahun.


Sebelum ini, Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Iskandar Dzulkarnain dalam parti itu selama empat tahun.


Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor turut dipetik sebagai berkata, parti berkenaan sedang mengambil tindakan disiplin terhadap Mohd Azizi dan Zahari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page