top of page

Akta Anti-lompat Parti akan kembalikan keyakinan rakyat untuk mengundi



Akta Anti-lompat Parti dijangka akan memulihkan semangat dan mengembalikan mood rakyat untuk keluar mengundi.


Hal itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dalam forum anjuran Studio Keadilan, malam tadi.


Katanya suasana suram dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dialami Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini mungkin berpunca daripada hilangnya mood penyokong PH untuk mengundi akibat pengkhianatan dan politik caca marba yang dihadapi selepas itu.


"Kita sebenarnya hadapi satu malapetaka dalam demokrasi akibat siri pengkhianatan Langkah Sheraton. Sebabnya sekarang ini orang kata sebab apa nak keluar mengundi nanti orang yang diundi 6 bulan atau setahun, mereka belot. Apa jaminan mereka ada?" katanya.


Oleh itu, kata Fahmi, penyertaan PH dalam memorandum kerjasama dengan kerajaan BN dan akan meluluskan akta seseorang Ahli Parlimen tidak boleh melompat parti dijangka akan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap pilihan raya.


Beliau bagaimanapun menyeru rakyat bersabar untuk MoU berkenaan diselesaikan bagi memperbaiki sistem dalam negara yang telah rosak parah.


"Ada orang tanya mengapa PH masih buat MoU ini? Dah tahu kerajaan gagal kenapa teruskan, kenapa tidak batalkan sekarang?


"Bagi kami, kita kena tengok balik dalam MoU ini, ada 18 perkara, bukan semua 18 boleh diselesaikan. Contohnya, kebebasan institusi kehakiman perlu berjalan sepanjang masa.


"Bagi saya sebagai demokrat dan reformis, benda paling penting Akta Anti-lompat Parti akan menjamin pengundi bahawa undi mereka ada nilai dan dihormati. Ini penting dan kalau dapat diselesaikan sebelum Julai ia baik.


"Dalam MoU 18 perkara hanya ada 5 yang belum selesai. Salah satu anti lompat parti. Kalau kita dapat selesaikan saya rasa itu akan menjadi langkah pertama memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi," katanya.


Selain itu, Fahmi juga mahu pemimpin politik muda dalam KEADILAN melakukan inisiatif memujuk rakyat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 untuk sekali lagi membuat perubahan total.


"Di negara lain di dunia, seperti negara maju misalnya ramai yang berkata untuk apa keluar mengundi? Di situ pun mereka hadapi masalah. Masalah ini tugas yang perlu dilakukan pimpinan anak muda, meminta rakyat lihat perjuangan KEADILAN, usaha reformasi.


"Isu naratif, kalau dulu sebelum PRU 14 kita ada tukang cerita mencang isu 1MDB, GST, Najib dan sebagainya. Pergi dari bandar ke pekan, rumah ke rumah. Sekarang 2 tahun kita tidak boleh pergi ke mana mana. Oleh itu, (selepas tiada PKP) jangkaan saya waktu berkempen kita dari sekarang hingga ke penamaan calon.


"Kita perlu bercerita mulai sekarang kepada rakyat kenapa mereka perlu keluar mengundi. Kalau rakyat tak keluar maka kita tidak boleh ajar pemimpin yang durjana, khianat dan berdosa kepada rakyat," katanya lagi.


Dalam forum itu juga Fahmi mengingatkan dasar perjuangan KEADILAN yang merakyat. Katanya ketika negara dilanda wabak Covid 19 Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua wakil rakyat parti untuk menyumbang apa sahaja termasuk dana peribadi bagi mengurnagkan sensara rakyat. Begitu juga ketika negara dilanda bah besar pada pertengahan Disember 2021 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page