top of page

Akmal ketuai pasukan khas teliti projek perumahan sakit



Satu pasukan khas ditubuhkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meneliti setiap projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata pasukan khas diketuai Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir itu akan bertindak mencari inisiatif bagi menyelamatkan projek-projek berkenaan bagi memastikan kebajikan dan hak pembeli terjamin.

"Kementerian telah mengesan sebanyak 550 projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara setakat ini dan kita dalam proses mengenal pasti masalah-masalah dengan pemaju dan kontraktor," katanya.


Ahli Parlimen Teluk Intan itu sebelumnya hadir pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kepayang Ipoh semalam.


Turut berlangsung adalah upacara menandatangani dokumen persefahaman antara Perbadanan PR1MA dengan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama) bagi Skim Rumah CBP MyPR1MA.


Kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha menyokong inisiatif KPKT di bawah Skim Rumah Pertamaku bagi memudah cara pembiayaan perumahan untuk rakyat yang memerlukan.


Sementara itu tambah Nga, melalui agensi di bawah KPKT berkata terdapat lebih 90 projek perumahan mampu milik yang meliputi 40,000 unit rumah disediakan di negeri Perak sehingga kini.


"Dalam tempoh 100 hari pertama KPKT sasar siapkan hampir 5,000 unit rumah mampu milik termasuk residensi ini dan banyak di negeri lain. Kita yakin dapat siapkan projek yang belum siap dalam tempoh ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page