top of page

Akmal fokus perkasa AMK, alu-alukan pelantikan Sazni terajui Pemuda PH



Memperkasakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia merupakan usaha paling penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.


Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir berpendapat peranan itu lebih mendesak dimainkannya berbanding memegang jawatan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH).


"Saya mengalu-alukan perlantikan saudara Shazni Munir selaku Ketua Pemuda Harapan.


"Walaupun ada desakan daripada kepimpinan dan akar umbi AMK untuk saya mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PH, saya memilih untuk tidak memperpanjangkan proses pemilihan untuk kepentingan politik PH.


"Fokus saya pada ketika ini adalah untuk memperkukuh dan memperkuat AMK dalam menghadapi PRU 15," katanya.


Semalam, Pemuda PH mengumumkan ketua pemudanya yang baharu Sazni Munir Mohd Ithnin, yang merupakan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara.


Walaupun sebelum ini AMK berkempen agar Akmal dilantik menerajui jawatan itu kerana kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen namun Akmal merasakan terdapat keperluan untuk beliau menguatkan jentera AMK terlebih dahulu.


"Saya percaya AMK yang kuat akan secara langsung dapat membantu PH khususnya jentera Pemuda PH.


"Justeru saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada saudara Shazni atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pemuda PH yang baharu.


"Saya juga menyeru untuk seluruh jentera Pemuda PH daripada semua sayap komponen untuk sama-sama memperkukuh kesatuan bagi memastikan Pemuda Harapan muncul sebagai koalisi gerakan pemuda yang kuat dan jitu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page