top of page

Akmal bidas alasan LRA Bukit Selambau lambat siap



Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Guna Daya Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir enggan menerima alasan diberikan susulan kelewatan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.


Hal itu susulan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelewatan menaik taraf loji rawatan air Bukit Selambau adalah kerana kenaikan kos bahan binaan.


"Kenapa orang lain boleh siap tapi kamu punya banyak alasan, benarkah kos bahan naik punca projek LRA Bukit Selambau lambat?" katanya menerusi video yang dimuat naik di X pada Rabu.


Akmal sementara itu memberi contoh Projek LRA Layang 2 di Johor mempunyai persamaan garis masa yang sama.


"Sebagai contoh LRA Layang2 dapat disiapkan dengan kos RM230 juta pada tahun 2019, dan kini sudah siap sepenuhnya.


"Macam mana projek ini di sini (Johor) boleh siap, barang naik tu semua naik harga," tegasnya.


Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menegaskan geran RM129 juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan untuk projek itu bukanlah berbentuk pinjaman.


"Bukanlah saya mintak terima kasih pun, tapi buatlah kerja baik-baik," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page