top of page

Akmal bertemu Anwar, jelaskan kekhilafan mesej tular

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 14, 2020
  • 1 min read


Kegelisahan yang melanda Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia sejak tiga hari lalu reda hari ini apabila ketua pergerakan itu, Akmal Nasir bertemu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.


Menurut Akmal, dalam pertemuan itu beliau menyatakan kekhilafan yang berlaku dalam mesej tular sejak beberapa hari lalu dan berharap hal itu segera ditamatkan.


"Alhamdulillah, saya telah bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.


"Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekhilafan yang berlaku dan beliau (Anwar) berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi.


"Saya juga mengambil pesanan Datuk Seri Presiden untuk seluruh anggota KEADILAN bergerak ke hadapan dan fokus dalam melaksanakan amanah Reformasi," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Ahli Parlimen Johor Baharu itu turut menyeru supaya AMK dan KEADILAN amnya bersatu seperti satu keluarga.


Katanya, perbezaan sesama anggota perlu diraikan selagi perbezaan itu bernaung di bawah prinsip dan idealisme reformasi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page