top of page

AKM Pahang, KEADILAN Kuantan bincang perkasa nilai Malaysia MADANI

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
4 hours ago
1 min read
Fakhrul Anuar (kemeja kelabu) bersama Pengarah AKM Negeri Pahang, Mohd Kamal dalam kunjungan hormat
Fakhrul Anuar (kemeja kelabu) bersama Pengarah AKM Negeri Pahang, Mohd Kamal dalam kunjungan hormat

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang dan KEADILAN Kuantan membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh pemahaman serta penghayatan aspirasi Malaysia MADANI dalam kalangan pemimpin komuniti di peringkat akar umbi.


Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi kepada Pengarah AKM Negeri Pahang, Mohd Kamal Mohd Affandi di Pejabat AKM Negeri Pahang, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, Kuantan baru-baru ini.


Menurut kenyataan, pertemuan dalam suasana mesra itu susulan beberapa siri latihan kenegaraan yang pernah disertai sebelum ini di Pusat Latihan AKM.


Sesi perbincangan turut dihadiri Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang, Sridayu Samsuri; Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Kuantan, Ahmad Fazdheim Sharafidz Badrol Azhim; Ketua Biro Pendidikan dan Latihan KEADILAN Kuantan, Ustaz Tan Ibrahim serta Pengerusi KRT Alor Akar Selatan, Ahmad Fauzi.


Perbincangan dua hala memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan aspirasi Malaysia MADANI dalam kalangan pemimpin komuniti, selain peranan AKM dalam membangunkan minda, jati diri dan semangat patriotisme anak muda di Kuantan.


Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik antara AKM dengan komuniti setempat, termasuk penganjuran program berkaitan kenegaraan, kepimpinan dan perpaduan pada masa akan datang.


Pertemuan itu diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page