Akhirnya Rina muncul tetapi tidak tawarkan perlindungan dari gangguan seksual


Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun muncul memberikan kenyataan selepas beberapa hari rakyat dan seluruh negara hangat membincangkan isu jenaka rogol dan ugutan rogol yang didakwa oleh seorang pelajar dilakukan oleh guru dan rakan sekelas di sekolahnya, namun kemunculan Rina itu tidak menawarkan penyelesaian konkrit kepada masalah berkenaan.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti KEADILAN, Fadhlina Siddiq, kelewatan Rina memberikan kenyataan itu juga memperlihatkan bahawa KPWKM sangat tidak kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasa sebuah kementerian yang menjadi barisan hadapan dalam isu perlindungan wanita dan kanak-kanak.


"Walaupun Rina telah mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak ada sebarang jawapan yang tuntas berkaitan perlindungan kepada pemandiri yang merupakan kanak-kanak serta jaminan tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada untuk memastikan kejadian ini tidak lagi berulang dan keadilan untuk pemandiri dapat ditegakkan.


"Rina juga telah gagal menyatakan dengan jelas apakah pendirian kerajaan hari ini dalam aspek Polisi Perlindungan Kanak-kanak yang wajar diangkat dan dilaksanakan oleh KPWKM dalam kes-kes yang melibatkan aduan jenaka rogol dan ancaman atau ugutan rogol terhadap kanak-kanak.


"Lebih mengecewakan, dalam kenyataan yang sama, Rina memberikan harapan palsu dan membayangkan sekali lagi bahawa kerajaan hari ini masih gagal membawa RUU Akta Gangguan Seksual untuk dibentangkan di Parlimen walaupun sebelum ini beliau pernah menyatakan RUU tersebut akan siap pada bulan Mac, 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Fadhlina yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, jika dirujuk kepada Pelan Strategik KPWKM 2021-2025 yang dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu dalam muka surat 27, tahun sasaran penggubalan undang - undang berkaitan gangguan seksual telah ditetapkan pada tahun 2021-2022.


Ini bermaksud, katanya, rakyat perlu menunggu sehingga tahun hadapan sebelum undang-undang itu menjadi kenyataan.


"Dalam masa yang sama, saya juga mempersoalkan apakah Timbalan Menteri KPWKM masih wujud dan kompeten menjalankan tanggungjawab serta fungsinya dalam KPWKM kerana sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada beliau khsusunya yang menjurus kepada perlindungan kanak-kanak dan pembelaan terhadap maruah dan hak wanita.


"Akhirnya Rina muncul! Tetapi gagal memahami isu sebenar dan tidak kompeten mengendalikan perlindungan dan pembelaan untuk pemandiri jenaka rogol," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER