top of page

Akar umbi Selangor hantar isyarat pilih politik damai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17
  • 2 min read


Perwakilan KEADILAN Selangor telah memberi isyarat awal akan memilih pasukan yang mampu memperkemas perjuangan KEADILAN sebagai persediaan menghadapi cabaran politik masa depan.


Pengarah Strategik KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, perkara itu dapat diterjemah melalui sokongan padu para Ketua Cabang KEADILAN Selangor yang hadir ke program Temu Rapat Akar Umbi bersama calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar yang berlangsung baru-baru ini.


"Sokongan awal daripada 20 Ketua Cabang ini mencerminkan kematangan politik akar umbi dalam menilai arah perjuangan parti – memilih jalan kesepakatan dan kemajuan berbanding retorik yang memecahbelahkan.


"Pertemuan ini adalah isyarat penting bahawa KEADILAN Selangor bersedia melangkah ke hadapan dengan satu tekad yang sama – memperkukuh parti dan memartabatkan agenda reformasi," ujar beliau dipetik.


Program yang berlangsung di Shah Alam itu turut dihadiri Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor merangkap calon Naib Presiden KEADILAN, serta Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN.


Nurul Izzah pada acara itu telah menegaskan iltizam beliau untuk mempererat hubungan antara parti komponen dalam Pakatan Harapan, memperkukuh keyakinan rakyat terhadap parti, serta memperkasa peranan wanita dan belia sebagai teras kekuatan masa depan KEADILAN.


Menjelang PRU16, KEADILAN tegasnya perlu tampil sebagai parti yang bersatu, progresif dan benar-benar memahami denyut nadi rakyat.


"Pada acara itu beberapa isu lain juga telah dibangkitkan sebagai fokus utama meliputi isu rakyat, penambahbaikan kepada dasar pentadbiran dan peranan KEADILAN dalam menyampaikan suara akar umbi ke peringkat nasional.


"Acara ini juga membuktikan komitmen KEADILAN Selangor untuk terus memimpin dengan tekad, memperjuangkan politik nilai dan memastikan agenda reformasi terus disampaikan kepada rakyat," tambah Saifuddin.


Justeru menjelang proses pemilihan yang akan berlangsung Jumaat hadapan, beliau berharap seluruh anggota dan kepimpinan parti terus fokus kepada agenda reformasi, menolak budaya perpecahan serta memperkukuh solidariti untuk masa depan KEADILAN yang lebih utuh.


"Bersatulah Menuju Reformasi, Kita Saling Memerlukan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page