top of page

Akar umbi cadang Rafizi dilantik Timbalan Presiden KEADILAN



Kekosongan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN sejak Azmin Ali dipecat pada Februari lalu mendorong Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Jasin, Melaka, Prasanth Kumar Brakasam mencadangkan agar kerusi tersebut diisi Naib Presiden Rafizi Ramli.


Menurut Prasanth, perlantikan seorang timbalan presiden baharu akan menguatkan imej parti yang ditafsirkan masyarakat sedang kehilangan kepimpinan utama sama ada dipecat atau mengundurkan diri.


"Saya ingin mencadangkan agar saudara Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN dilantik sebagai timbalan presiden untuk memenuhkan kekosongan. Ini merupakan suara para penyokong dan anggota di peringkat akar umbi.


Bagi Prasanth (gambar kiri), tiba masanya Rafizi mengisi jawatan kedua tinggi dalam KEADILAN. Perlantikan itu, katanya akan menguatkan parti sementelah Rafizi dikenali sebagai arkitek kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14 lalu.


"Dalam keadaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 boleh dipanggil secara mengejut bila-bila masa maka parti memerlukan arkitek ini bagi mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH.


"Tiba masa mengangkat semula wira yang tidak didendang ini agar diletak di tempat yang sepatutnya. Pimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) boleh mempertimbangkan cadangan ini dalam mesyuarat MPP yang akan datang," katanya lagi.


Prasanth berhujah bahawa jawatan timbalan presiden boleh dilantik oleh MPP berdasarkan Fasal 21.13 Perlembagaan Parti. "Jika berlaku kekosongan dalam jawatan Timbalan Presiden, maka Majlis Pimpinan Pusat bolehlah melantik salah seorang dari Naib Presiden untuk memenuhkan kekosongan itu."


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page