top of page

Akademi Pendidikan Demokrasi sokong perubahan kerajaan



Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan Malaysia (APDK) menyokong penubuhan kerajaan baharu sebagaimana diumumkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


Pengerusi APDK, Amidi Abdul Manan berkata, penubuhan kerajaan baharu penting kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia ada amat rapuh dan tidak stabil.


"Jumlah undi yang diperolehi (kerajaan PN) ketika meluluskan usul di Dewan Rakyat baru-baru ini memperlihatkan kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mendapatkan jumlah majoriti selesa. Hal ini sekaligus mengundang kesangsian terhadap kekukuhan kerajaan PN.


"Setelah itu timbul pula pertembungan antara PN dan Muafakat Nasional. Sokongan yang tidak jelas dan agak mengelirukan Umno terhadap PN membuktikan kerajaan sedia ada adalah lemah. Oleh itu sebuah kerajaan yang kuat dan stabil perlulah diusahakan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Amidi lagi, beliau yakin kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh Anwar dan sekutunya akan mampu menangani masalah rakyat dan kemerosotan ekonomi pandemik Covid 19 secara yang lebih baik dan komprehensif.


Amidi juga berpendapat kerajaan baharu tersebut tidak akan mengenepikan hak-hak Melayu sebagaimana didakwa sesetengah pihak, di samping menjamin hak bangsa lain dalam masyarakat majmuk Malaysia.


"Kerajaan yang stabil dengan majoriti wakil rakyat dari kelompok Islam dan Melayu dengan tidak mengenepikan perwakilan dari bangsa lain adalah pilihan yang terbaik. Ia adalah satu kewajaran yang tidak boleh ditolak oleh rakyat negara ini. Ia mampu membentuk negara yang kuat bagi masa akan datang.


"Oleh itu APDK menggesa agar langkah yang diusahakan oleh Datuk Seri Anwar diberikan ruang dan diberikan kemudahan selaras dengan peruntukan Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya lagi.


Semalam, Anwar mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti selesa untuk membentuk kerajaan baharu.


Sokongan tersebut lebih jelas apabila Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau tidak menghalang Ahli-ahli Parlimen Umno daripada menyokong Anwar dalam usaha menggantikan kerajaan PN sedia ada.

0 comments

Recent Posts

See All

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page