top of page

Air Kelantan: Antara Hak Rakyat dan Retorik Pentadbiran



Oleh: Ahmad Nadhir Yob


ULASAN: Tindakan Ketua Pemuda Pas Kelantan yang mempertahankan tindakan tindakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)berhubung isu pemberian imbuhan sebanyak RM 10,000 kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah AKSB sebagaimana tular di media sosial menimbulkan satu persoalan, apakah pemberian seperti itu melindungi hak rakyat Kelantan untuk mendapat akses air bersih?


Walaupun penulis bukanlah anak jati negeri Kelantan namun begitu anak-anak penulis lahir di Kelantan. Justeru menjadi anak negeri Kelantan yang mempunyai hak untuk melihat negeri kelahiran mereka mendapat akses air bersih.


Isu air di Kelantan telah berlarutan sejak hampir 40 tahun lalu. Setiap kali penulis pulang ke rumah keluarga di Kelantan isu inilah yang menjadi topik perbualan.


Tidak upaya sedia air bersih


Ketidakmampuan AKSB menyediakan akses air bersih kepada rakyat Kelantan menjadi ironi kerana dalam masa yang sama dapat memberi imbuhan besar kepada ahli lembaga pengarah. Persoalannya di manakah keutamaan AKSB? Rakyat ataupun ahli lembaga pengarah?

Ahmad Nadhir Yob

Ketua Pemuda Pas Kelantan juga menyatakan bahawa pemberian ini adalah prosedur biasa. Persoalannya adakah prosedur ini bersifat tetap dan tidak dapat diubah dalam suasana maslahah yang lebih besar iaitu menyediakan bekalan air bersih tidak dapat dipenuhi oleh AKSB?


Pelbagai polemik politik berhubung isu air Kelantan ini kedengaran sejak puluhan tahun. Rata-rata rakyat Kelantan sebenarnya sudah letih dengan permainan kata-kata politik. Mereka mahukan masalah ini dinoktahkan sesegera mungkin.


Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa antara faktor pelabur datang melabur ke negeri-negeri ialah mereka lihat pengurusan keperluan asas yang cekap untuk menyokong pelaburan mereka. Justeru itu, jika masalah air ini tidak dinoktahkan maka bagaimana pelabur-pelabur berkeyakinan untuk datang melabur di negeri Kelantan?


Pertumbuhan ekonomi negeri


Isu air ini tidak boleh dilihat sebagai isu tunggal. Ianya sangat berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi Kelantan. Jika Kelantan ingin menjadi negeri yang maju dan berpendapatan tinggi maka isu keperluan asas seperti air mesti menjadi keutamaan diselesaikan terlebih dahulu.


Masalahnya, kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Pas yang menjadi pengurus kepada AKSB sering dinafikan oleh pimpinan Pas. Pelbagai penafian, tuduhan dan juga alasan diberikan.Yang menderita adalah rakyat Kelantan itu sendiri yang terperangkap dengan slogan Islam Pas namun penyelesaiannya tidak kunjung tiba.


Adakah rakyat Kelantan masih boleh bersabar dengan isu air ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun mendatang jika Pas kembali memerintah Kelantan selepas pilihanraya nanti? Jawapannya terletak kepada kebijaksanaan rakyat Kelantan sendiri.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page