top of page

Aidilfitri untuk bersyukur meraikan ibadah Ramadan - Rafizi



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengajak umat Islam Malaysia untuk menghayati makna sebenar Hari Raya Aidilfitri.


Dalam perutusan hari rayanya, beliau berkata, Aidilfitri merupakan hari untuk bersyukur selepas menjalani ibadah puasa Ramadan yang menjanjikan banyak pahala.


"Berpada pada dan bersederhana dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini


"Aidilfitri adalah satu hari untuk kita bersyukur dan meraikan ibadah sepanjang Ramadan.

Aidilfitri bukan untuk kita qada yang kita tak makan sebulan," katanya memberi nasihat.


Timbalan Presiden KEADILAN itu juga menasihati umat Islam yang beraya pada tahun ini dalam cuaca yang tidak menentu dan sering menghadapi bahang haba panas yang memerlukan seseorang meminum banyak air.


"Tahun ini kita akan merayakan Aidilfitri dalam cuaca yang panas dan kering. Jadi jangan lupa pastikan minum air yang mencukupi," katanya.


Rafizi mewakili kakitangan Kementerian Ekonomi mengucapkan selamat hari lebaran buat semua rakyat Malaysia beragama Islam.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page