Penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor diberi satu hari cuti tambahan pada Jumaat ini iaitu 30 Jun sempena sambutan Aidiladha.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim berkata kemudahan cuti tambahan itu khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan negeri selaras Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
"Bagaimanapun badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).
"Pentadbiran Kerajaan Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri ini," katanya dalam kenyataan.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini.
Commentaires