top of page

Aidiladha lambang ketaatan, pengorbanan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 7, 2025
  • 1 min read


Sambutan Hari Raya Aidiladha seharusnya menjadi ruang untuk umat Islam bermuhasabah, menzahirkan ketaatan kepada Allah SWT serta memperkukuh semangat ukhuwah dan pengorbanan.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam perutusannya berkata, Aidiladha memperingatkan umat Islam tentang kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan puteranya, Nabi Ismail A.S yang menjunjung tinggi perintah Allah dengan penuh keikhlasan dan tawakal.


"Aidiladha adalah lambang ketaatan dan pengorbanan. Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi medan muhasabah buat kita semua dalam menzahirkan ketaatan yang tulus kepada Allah SWT," katanya dalam muat naik di Facebook.


Fahmi, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, turut mendoakan agar segala amalan umat Islam diterima oleh Allah pada hari yang mulia ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page