top of page

Aidiladha, ibadah korban meriah bersama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 12, 2022
  • 1 min read


Hari Raya Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban tahun ini yang disambut secara 'normal' benar benar meriah.


Sejak 2020, Aidiladha tidak melibatkan aktiviti fizikal seperti solat hari raya di masjid dan bergotong royong melaksanakan ibadah korban. Tahun ini semua kembali seperti sebelumnya.


Oleh itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak melepaskan peluang bersama sama masyarakat tempatan menyambut Aidiladha dengan aktiviti korban dan jamuan daging korban sepanjang Hari Raya kedua Aidiladha.


"Hari kedua Eiduladha saya bersyukur dapat bersama penduduk di beberapa lokasi Daerah Mengundi Kulim Bandar Baharu menunaikan ibadah korban.

"Mudah mudahan ibadah ini diterima oleh Allah swt. Tahniah kepada yang terlibat menjayakan. Pimpinan masyarakat, surau, masjid, kaum ibu dan anak anak muda yang aktif memain peranan," katanya.


Saifuddin mengagihkan bakul makanan kepada yang kurang bernasib baik

Setiausaha Agung KEADILAN itu juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan bakul makanan kepada asnaf yang kekurangan dalam menyambut Hari Raya.


"Di Kampung Baru Lubuk Buntar dan Kampung Sungai Tengas saya ditemani ketua kampung dan imam menyampaikan daging korban dan bakul makanan kepada asnaf.


"Agihan bakul makanan yang diisi beras, tepung, gula dan lain lain keperluan harian kami lakukan setiap hari di seluruh kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page