top of page

Aidiladha bawa kejayaan, kerahmatan



Hari Raya Aidiladha tahun ini diharap umat Islam Malaysia akan mengenang kembali pengorbanan umat yang terdahulu untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata demikian dalam perutusan sempena Aidiladha hari ini.


"Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia.


"Hadirnya pada bulan yang mulia memberikan detik yang bermakna dalam kehidupan kita.


"Marilah kita memanfaatkan Aidiladha tahun ini dengan merenung kembali erti pengorbanan yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim A.S.


"Sesungguhnya pengorbanan dilalui oleh umat terdahulu adalah lebih besar berbanding kita semua," katanya.


Pengorbanan yang ikhlas dan suci, kata Rafizi diharap akan membawa keberkatan dan kejayaan.


"Saya berdoa agar Aidiladha kali ini membawa kejayaan, kerahmatan dan limpah kurnia dari Allah kepada setiap umat-Nya," kata beliau lagi.

 
 

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page