top of page

Ahmad Lutfi Othman, editor media alternatif meninggal dunia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 9, 2022
  • 1 min read

ree

Editor media alternatif era Reformasi 1998, Ahmad Lutfi Othman meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi.


Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital UiTM Puncak Alam. Allahyarham Lutfi menderita sakit diabetis dan kegagalan buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.


Dalam ucapan takziahnya, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lutfi merupakan penulis yang membuka minda rakyat pada era Reformasi.


"Sahabat zaman siswa tahun 80an


"Editor dan penulis yang banyak menabur jasa sepanjang perjuangan Reformasi," katanya


Almarhum Lutfi pada hujung 1990an banyak terlibat dalam penerbitan alternatif sama ada majalah atau akhbar tidak berkala mempersoalkan kekejaman rejim BN memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarang Harakah, lidah rasmi Pas yang banyak memberitakan isu Reformasi ketika parti itu berada dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page