top of page

Ahmad Daniel mahu bangunkan DUN Panti destinasi eko pelancongan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 10
  • 1 min read
Ahmad (tiga dari kiri) berjanji untuk memajukan khazanah alam di DUN Panti sebagai tarikan pelancongan
Ahmad (tiga dari kiri) berjanji untuk memajukan khazanah alam di DUN Panti sebagai tarikan pelancongan

DUN Panti memiliki khazanah alam semula jadi yang masih belum diteroka sepenuhnya dan berpotensi menjadi pemacu baharu ekonomi setempat melalui pembangunan pelancongan secara mampan.


Justeru, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.34 Panti, Ahmad Daniel Shahruddin berhasrat menjadikan kawasan itu sebagai destinasi ekopelancongan utama di daerah Kota Tinggi sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


"Jika Kota Tinggi terkenal dengan air terjun, Panti pula mempunyai jeram-jeram semula jadi yang indah.


"Kawasan ini boleh dinaik taraf tanpa menjejaskan ekosistem asal supaya menjadi lokasi rekreasi yang selamat dan menarik kepada penduduk serta pelancong.


"Antara aset utama boleh diketengahkan ialah kawasan jeram di Kampung Temenin yang mempunyai nilai rekreasi tinggi, namun memerlukan penambahbaikan kemudahan serta penjenamaan semula bagi menarik lebih ramai pengunjung," kata mantan Ahli Majlis Daerah Kota Tinggi itu dipetik laporan media.


Ahmad Daniel sementara itu menjelaskan, pembangunan sektor ekopelancongan mampu mewujudkan kesan limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor termasuk inap desa, perusahaan makanan, perniagaan kecil dan perkhidmatan pemandu pelancong.


Dalam masa sama ia berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda, sekali gus mengurangkan penghijrahan mereka ke luar daerah atau ke Singapura bagi mencari pekerjaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page