top of page

Ahli UMNO hijrah 'sunat': Muhyiddin jangan tunggang agama



Ungkapan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Dataran Bazar Kampung Baru Kerteh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kelmarin telah mengelirukan umat Islam.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, kenyataan Pengerusi PN tersebut merupakan perbuatan menyalahguna agama untuk kepentingan politik apabila berkata ahli UMNO yang berhijrah ke parti pembangkang kononnya ibadah 'sunat'.


"Berhubung kenyataan berbau 3R (agama, kaum, raja) yang dikeluarkan oleh Presiden Bersatu pada ceramah beliau dalam siri kempen PRK P40 Kemaman, KEADILAN Kemaman mendesak supaya segala bentuk kempen yang menyentuh isu 3R dihentikan serta merta


"Memetik kenyataan beliau di dalam ceramah kelompok anjuran PN menyatakan bahawa ahli UMNO yang berhijrah ke parti lain akan memperoleh 'pahala hijrah' sepertimana hijrah Rasullah S.A.W dan para sahabat dari Mekah ke Madinah


"Kenyataan ini sangat tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Majlis Raja Raja Melayu yang melarang sebarang bentuk kenyataan yang menyentuh isu 3R, terutama di dalam kempen pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan.


KEADILAN Kemaman, kata Ahmad Nadhir mahu Muhyiddin menarik balik kenyataannya yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media arus perdana sejak semalam.


"KEADILAN Kemaman dengan ini mendesak presiden Bersatu itu supaya menarik balik kenyataan beliau


"Jika beliau enggan berbuat demikian pihak KEADILAN Kemaman akan membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut," katanya lagi.


Dalam ceramah di Dataran Bazar Kampung Baru Kerteh pada Isnin Muhyiddin berkata harus untuk ahli UMNO meninggalkan parti itu yang dianggap beliau telah musnah.


"(Saya menyeru) kawan-kawan lama saya, orang UMNO lupakanlah UMNO. Apa hukumnya? Harus, mungkin juga sunat agaknya.


"(Tinggalkan UMNO) dapat pahala hijrah, macam Rasulullah SAW hijrah meninggalkan yang lama, zaman-zaman gelap kerana UMNO sudah hancur dibuat oleh (Presiden) Zahid," katanya sebagaimana dilapor Astro Awani.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page