top of page

Ahli Umno dipecat sertai PH, terpulang parti komponen



Pemecatan beberapa pemimpin Umno sejak kebelakangan ini dan terbaharu malam tadi menimbulkan spekulasi terdapat di kalangan mereka yang akan menyertai parti parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan kerjaya politik.


Bagi Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, sekiranya terdapat permohonan daripada bekas ahli Umno maka hal itu terserah kepada kebijaksanaan pemimpin parti masing masing untuk menelitinya.


Katanya PH tidak mencampuri urusan parti komponen dalam isu keahlian.


"Terpulanglah kepada mereka. Mereka belum menyatakan hasrat mereka. Jadi kita tak perlu buat kesimpulan.


"Jika ada sesiapa yang membuat permohonan, itu parti masing-masing akan pertimbangkanlah," katanya ketika ditanya wartawan selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinese Chamber, tengah hari tadi.


Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi memecat bekas Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.


Sementara itu beberapa pemimpin lain digantung keahlian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempoh, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang yang digantung selama enam tahun.


Manakala ahli MKT, Fathul Bari Mat Jahya, diberi surat tunjuk sebab.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page