Ahli Selangor Task Force Covid-19 tidak dibayar gaji, RM400 juta digunakan sepenuhnya untuk rakyat

Updated: Jul 19

Mirzan Abdul Majid menegaskan kesemua ahli jawatankuasa Selangor Task Force Covid-19 (STFC) tidak mendapat sebarang gaji, sebaliknya peruntukan RM400 juta digunakan sepenuhnya untuk program Covid-19.


Pegawai Penyelaras kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor berkata STFC hanya sebuah majlis penasihat yang tidak bergaji dan hanya menerima elaun mesyuarat.


“Pengerusi STFC, Dr Dzulkefly Ahmad tak ada gaji pun, tokoh-tokoh perubatan tak ada gaji pun, ada elaun mesyuarat sahaja.


“Peruntukan RM400 juta bukan masuk poket individu mana-mana, duit itu betul-betul guna untuk program,” katanya dalam satu forum maya.


Jelas Mirzan, STFC turut memantau kilang-kilang bagi memastikan mereka beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan.


“STFC pun pergi ke kilang-kilang, terangkan kepada mereka macam mana kamu harus beroperasi ketika musim pandemik, apa yang perlu kamu jaga, nasihat kepada pekerja-pekerja.


“Kami juga ada buat program POIS, macam mana langkah-langkah pencegahan di kilang-kilang daripada Covid-19.


“Yang terbaru kami juga beri home assesment tools kepada rakyat Selangor yang disyaki positif atas nasihat doktor perubatan,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER