top of page

Ahli politik pembangkang wajar taati titah Sultan Ibrahim - Penganalisis



Ahli politik terutama pembangkang digesa mentaati titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu kestabilan politik di negara ini dipertahan dan tidak diganggu-gugat.


Penganalisis politik, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata ahli politik harus sedar bahawa perkara yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim merupakan kegusaran baginda terhadap masa depan negara dan rakyat jika suasana politik terus tidak stabil.


"Sultan Johor sendiri bersuara dan kita tahu Sultan Johor ini merupakan pewaris (Yang di-Pertuan Agong) selepas ini bermakna baginda tidak mahu mewarisi negara dalam keadaan kemelut politik tanpa henti.


"Baginda mahu mewarisi negara ini dalam keadaan yang stabil dan harmoni dan kita boleh bergerak ke hadapan.


"Harus diingat raja adil itu raja disembah dan adalah adil untuk Sultan Johor membuat teguran berhubung perkara ini kerana baginda mahukan kestabilan kepada negara," katanya dipetik.


Rabu lalu Sultan Ibrahim menyuarakan kebimbangan susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan yang terus kedengaran meskipun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlalu.


Sultan Ibrahim menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya perlu diutamakan.


Sementara itu, Ahmad Zaharuddin juga mengingatkan ahli politik bahawa keadaan politik yang tidak stabil ini akan menyebabkan negara dan rakyat kerugian.


Pelabur jelasnya tidak akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan sekiranya keadaan itu berlaku.


"Terdapat segelintir pihak yang menjadi 'racun' kepada negara dan mengadu domba hingga berlakunya tindakan menjatuhkan kerajaan.


"Mereka inilah yang mengadudombakan dan mengatakan bahawa golongan-golongan tertentu harus turun dan golongan golongan yang mereka sokong dan mereka anjur ini harus naik ke atas.


"Harus diingat kenapa perkara ini berlaku, kemungkinan besar adalah kerana keuntungan-keuntungan yang boleh diperolehi jika ada golongan-golongan tertentu naik memimpin negara," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page